"Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah Timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu "Kemudian beliau Shallallahualaihi wa sallam menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu bersabda,"Maka jika kamu melihatnya, berbai'atlah walaupun dengan merangkak di alas salju, kerana dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi."
-Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujil Mahdi 2: 1467:MustadrakAl Hakim 4: 463-464. Dan dia berkata, "ini adalah hadits shahih menurutsyarat Syaikhan". Perkataan Hakim ini juga dipersetujui oleh adz-Dzahabi.Ibnu Katsir berkata, "Ini adalah isnad yang kuat lagi shahih." (An-Nihayahfit Firan 1:29 dengan tahqiq DR. Thana Zaini).
Setelah mengambil kira faktor-faktor:
1. Tafsir Al-Quranul Karim
2. Dokumentari 'The Arrivals' oleh Noreagaaa dan Arhernahr.
3. Buku Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam.
4. Buku Gerakan Orientalis dan Kristianisasi.
5. Buku Yakjuj Makjuj - Bencana Di Sebalik Gunung.
6. Buku Hulagu Khan - Khabar Hitam Dari Timur.
7. Buku Salahuddin Al-Ayyubi - Penakluk Jerusalem.
8. Buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran.
9. Buku Umar al-Khattab - Semarak Dakwah Rasulullah SAW.
10. Buku Tanda-Tanda Kiamat Kecil.
11. Buku Tanda-Tanda Kiamat Besar.
12. Sejarah Khalifah-Khalifah.
13. Buku Benarkah Isqandar Bukan Zulqarnain.
14. Buku Dajjal 'Sudah' Muncul Dari Khurasan.
15. Perkembangan Isu di Gaza.
16. Perkembangan Isu Masjid Al-Aqsa.
17. Berita yang berkaitan Palestin.
18. Bencana Alam Yang Melanda.
19. Buku HAMAS - Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis.
20. dan berbagai-bagai lagi maklumat dari buku serta internet.
Maka, saya menubuhkan Group "PANJI-PANJI HITAM" sebagai bukti saya kepada Allah SWT bahawa walaupun saya tidak mampu berperang mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan umat Palestin oleh Zionis akan tetapi saya tetap mengingati mereka. Saya mahu KITA! KITA sebagai umat Islam di muka bumi Allah adalah dituntut sama sekali mempertahankan dan membela rakyat Palestin yang semakin hari dibunuh dan dizalimi!
Selain itu, di dalam Group ini juga, kita akan membincangkan Ciri-Ciri Al-Mahdi yang mana akan hadir memerangi Dajjal serta para tenteranya. Tidak dapat disangkal lagi tentera-tentera Dajjal sudahpun hadir menzalimi umat Palestin dan sudah ada kumpulan tentera Zionist yang digelar 'Kfir Brigade'. Berdasarkan tafsir Al-Quran dan hadis-hadis yang telah diingatkan oleh Rasulullah SAW, keadaan ini adalah selari dengan akhir zaman yang telah diperkatakan. Keadaan ini menepati dengan setiap apa yang Nabi Allah kita Muhammad SAW perkatakan.
Apa yang lebih penting, kita seharusnya memperingati sesama kita dengan ilmu yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk tidak terjerumus di dalam FITNAH terbesar ini. Saya membimbangkan satu keadaan apabila sampai masanya Muhammad Al-Mahdi di bai'at sebagai Khalifah Al-Mahdi maka akan ada umat Islam sendiri yang menentang beliau kerana kejahilan ilmu kita sendiri. Al-Mahdi dianggap Dajjal, dan Dajjal pula dianggap Nabi! Perlu kita ingat, Dajjal juga mempunyai mukjizat untuk menduga umat manusia. Berdasarkan statistik masalah sosial di Malaysia sahaja, kita akan dapat tahu, rohani umat Malaysia sangat rapuh! Sangat dhaif! Sangat jahil karena fikrah kita disumbatkan dengan Sistem Dajjal! Sedar tidak sedar, kita sebenarnya sedang dipisahkan dari agama kita sendiri.. Allahuakbar.. Lihat sahajalah siaran Media.. Lihatlah!
Oleh itu, kita tidak layak untuk bergelak ketawa melihat Raja Lawak, kita tidak layak terhibur dengan Akademi Fantasia, kita tidak layak bersenang-lenang dengan hiburan di MEDIA sedangkan umat Palestin berkecai-kecai dizalimi oleh Zionis! Anak kehilangan ayah, suami kehilangan isteri, kakak kehilangan adik namun mereka tidak berputus asa menentang Zionist! Mereka sebenarnya sedang merela mati mempertahankan Al-Aqsa daripada mereka lari. Apakah perasaan kita melihat ini? Adakah kita masih mahu merayakan kehidupan yang penuh tipu daya ini? Kamu tahu, apabila tibanya Dajjal nanti, HURU-HARA akan berlaku. Peperangan BESAR akan berlaku. Saat ini kita pasti melihat situasi yang sama dengan apa berlaku dengan Palestin! Satu dunia akan mengalami peristiwa ini. Kalau kanak-kanak membaling batu ke arah Tentera Zionis itu berlakunya pada hari ini, namun di saat Dajjal turun nanti, situasi yang lebih hebat berlaku ke atas kita. Itulah kepastian yang telah dijanji!
Mari kita bangkit memperlengkapkan dada kita dengan ilmu. Mari kita bangkit memperkuatkan rohani. Mari kita bangkit memperkuatkan pegangan Islam di dalam diri kita. Agar bila tiba masanya nanti, kita akan tahu segalanya. Ingat saudara saudariku,
"HIDUP KITA SEBAGAI MUSLIM dan MATI KITA JUGA SEBAGAI MUSLIM"
Jangan sesekali lupa ini jika kita Muslim sebenar! Wallahu'alam.
http://www.facebook.com/group.php?gid=11
No comments:
Post a Comment